Menafikan khidmat Pembantu Peribadi (PA) atau Pengiring untuk OKU

“Maaf ya En Fariz, program yang kami buat ni, hanya peruntukan perbelanjaan tiket penerbangan dan penginapan untuk En Fariz seorang sahaja. En Fariz kena tanggung sendiri perbelanjaan untuk pengiring.”

“Untuk makluman, sebagai seorang yang dilantik untuk menjadi ahli, segala perbelanjaan penerbangan, pengangkutan dan penginapan En Fariz akan ditanggung. Tetapi kami tidak memperuntukkan budget untuk pembantu peribadi En Fariz. Maaf ya…”

“Tahniah! En Fariz terpilih untuk mengikuti program kami yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Segala perbelanjaan akan ditanggung dan En Fariz hanya cuma perlu menanggung perbelanjaan pengiring sahaja.”

Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan sistem sokongan yang bersesuaian untuk membantu mereka bergerak atau berfungsi dengan lebih efektif lagi dalam menjalani kehidupan seharian. Sistem sokongan tersebut samada dalam bentuk alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, alat bantuan pendengaran dan lain-lain lagi; bantuan pembelajaran ataupun dalam bentuk Pembantu Peribadi (PA) atau Pengiring.

Bagi OKU yang tidak mempunyai keupayaan untuk menguruskan diri mereka secara berdikari, khidmat Pembantu Peribadi (PA) diperlukan untuk membantu mereka dan juga mengelakkan dari kejadian kemalangan seperti jatuh atau sebagainya.

Namun begitu, masyarakat seringkali menafikan keperluan PA untuk OKU atas pelbagai alasan dan mengharapkan OKU tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sendiri atau ‘gagahkan’ diri dengan bergerak tanpa sokongan PA.

Akibatnya, ramai dari OKU ini terpaksa akur samada teruskan tanpa sokongan PA dan berdoa agar tidak ada perkara yang buruk akan terjadi atau mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk menanggung kos perbelanjaan PA tersebut.

Keperluan Pembantu Peribadi (PA) atau Pengiring kepada OKU bukanlah untuk menjadi teman bersuka-ria, tetapi ia merupakan ‘sistem sokongan’ kepada OKU tersebut sama seperti alatan bantuan yang lain.

Kepada pihak yang melibatkan OKU dalam program atau aktiviti mereka, kos perbelanjaan PA haruslah perlu diambil kira.

Menafikan keperluan PA untuk OKU adalah sama seperti meminta seseorang menunggang basikal tanpa tayar, satu perbuatan yang sia-sia…

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email