Sedekad Hidup Dalam Dunia Perniagaan

Hari ini genaplah 10 tahun saya telah berkecimpung dalam dunia perniagaan peralatan perubatan. Hari ini genaplah 10 tahun saya telah berkecimpung dalam dunia perniagaan peralatan perubatan. Hari ini genaplah 10 tahun saya telah berkecimpung dalam dunia perniagaan peralatan perubatan.

Bermula dengan premis berukuran 150 kaki persegi sehinggalah berpindah ke kilang seluas 3,400 kaki persegi pada tahun 2017.

Keputusan untuk memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya bukanlah dibuat dalam tempoh satu malam, tapi dibuat setelah menimba ilmu bekerja dalam bidang prostetik, ortotik dan alat bantuan mobiliti perubatan selama 7 tahun.

Walaubagaimanapun, tempoh pengalaman sedemikian tidak mencukupi untuk mempersiapkan diri seseorang dalam menghadapi kesusahan dan kekejaman dunia perniagaan yang sebenar.

Sepanjang tempoh berniaga, saya telah melalui pengalaman jatuh yang tidak terkira dimana ianya memerlukan ketahanan mental yang tinggi untuk bangkit dan kembali berniaga semula.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan, terutama pada yang masih sedang bekerja, fikirkanlah sebanyak 18 kali terlebih dahulu, dan pada kali ke 19 barulah buat keputusan samada untuk berhenti kerja dan mula berniaga atau sebaliknya.

Kalau anda membuat keputusan untuk berniaga, gunakanlah peluang menimba ilmu kursus berkaitan perniagaan yang berlambak-lambak ditawarkan oleh pelbagai agensi samada berbayar atau percuma pada zaman sekarang. Percayalah, kursus-kursus seperti ini tidak mudah diperolehi pada zaman sedekad yang lalu.

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa salah satu punca utama kegagalan ramai golongan muda mudi ke bidang perniagaan adalah kerana terpengaruh dengan cerita kejayaan peniaga-peniaga yang terkenal sehingga mereka hanya melihat pada sudut keindahan dan kemewahan berniaga sahaja tanpa menyedari hakikat bahawa 93% daripada perniagaan gagal dalam tempoh 3 tahun pertama.

Belajarlah dari peniaga-peniaga yang sama bidang dengan anda dan pernah jatuh dan berjaya bangkit semula dan berjaya. Pengalaman mereka adalah jauh lebih berharga daripada anda bazirkan wang gaji anda pada sijil kursus ‘keusahawan’ yang meminta anda menari dan melompat terkinja-kinja pada awalnya dan menangis pada akhir kursus tanpa sebab.

Jika ada sesiapa yang ingin kongsikan pengalaman berniaga mereka atau ingin bertanya soalan berkenaan topik ini dengan saya, bolehlah tuliskan dalam ruangan komen.

Saya akan kongsikan lagi topik ini pada posting seterusnya.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email